Apa itu Forex?

Nama Forex datang dari singkatan Foreign Exchange yang bermaksud pertukaran mata wang asing. Cara yang paling senang untuk kita faham adalah sebelum kita nak ke Singapore, kita akan menukarkan Ringgit Malaysia (RM) kepada Dollar Singapore ($). Dengan urusan ini, kita telah menyertai dunia Forex.


Semasa kita bertukar wang di kaunter pertukaran mata wang asing, kita akan nampak paparan menunjukkan buying & selling untuk setiap mata wang. Contoh untuk mata wang Singapura, singkatan SGD buying = 3.00 selling = 3.10. Buying maksud harga yang pengurup wang beli dari kita untuk tukar jadi mata wang tempatan, selling maksud harga yang pengurup wang jual kepada kita. Sekarang kita nak tukar Ringgit ke Singapura Dollar maka kita akan beli dengan kadar yang pengurup wang jual (selling). Jadi kami beli $1 dengan harga RM3.10.

Setelah berbelanja di Singapura dan masih mempunyai baki wang secara ajaib (Kos sara hidup Singapura adalah tinggi!), kita akan tukar SGD kepada MYR sebelum pulang ke Malaysia. Sekarang kita akan jual dengan kadar yang pengurup mata beli (buying). Maka kita jual $1 dengan harga RM3.00. Beza atau spread RM0.10 adalah untung pengurup wang atau trader semasa menjalankan perniagaan forex.

Kenapa Forex?

Nilai dagangan Forex (daily trade volume) adalah $5 trillion sehari !!! Berapa kosong dalam trillion tu? Jawapan $5,000,000,000,000,000,000 atau 18 biji kosong !!! Berbanding dengan Bursa Malaysia yang paling tinggi dalam sejarah pun $1 billion. Billion ada 9 biji kosong, kalau ambil saiz market forex bahagi saiz Bursa Malaysia, forex adalah 5 trillion kali ganda lebih besar dari Bursa Malaysia!


Lagi satu kelebihan iaitu kita untung mata wang yang kuat ($) dan ganda ke mata wang Ringgit dengan darab 4 ! Contoh keuntungan $250 x 4 = RM1000, dari 3 digit USD sudah menjadi 4 digit MYR! Itu pun anggaran kerana kadar pertukaran USD kepada MYR adalah 4.XX dengan itu perniagaan forex membantu kita berdepan dengan masalah inflasi. Kejayaan dalam forex juga akan membantu menjana ekonomi kepada negara.

Tambahan apa yang kami suka pasal Forex ialah kita boleh berlatih dulu dengan wang cubaan (akaun demo) sebelum berniaga dengan wang kita yang sebenar. Perniagaan fizikal perlu menggunakan modal untuk sewa/beli kedai, beli bahan mentah/produk jualan, bayar gaji pekerja, bil air, elektrik dsb untuk memulakan perniagaan. Perniagaan akan berjaya hanya bila pelanggan banyak dan rugi apabila tiada pelanggan.

Perniagaan forex mempunyai kelebihan kerana ia hanya bermodalkan wang untuk terus berniaga. Modal tidak perlu ditukarkan kepada mana-mana bentuk fizikal untuk memulakan perniagaan. Anda hanya perlu komputer/telefon pintar, internet (yang stabil) dan disiplin untuk berjaya. Apabila anda sudah consistent menjana keuntungan, barulah masukkan duit sebenar.