Psikologi

Saya letak trading psychology dalam bab berasingan kerana pengalaman saya, perkara ini amat penting dan sama penting seperti MM. Minda kita akan kacau bilau jika trading psychology tak tersemai untuk mengawal emosi kita. Ulangan: MM tak jaga, akaun hangus... mental tak jaga, akaun hangus juga. Ramai trader tahu stop loss itu penting tetapi percayalah, traders akan trade sampai satu tahap di mana mereka akan mengubah stop loss atau sampai delete terus SL. Lepas MC akaun, mereka akan give up dan pergi cerita dengan kawan kata rugi  dalam forex, bahaya ataupun scam. 


Mula-mula anda nampak satu peluang untuk buy & anda masuk, anda optimis ia akan naik & anda mula tak sabar nak dia naik laju. Market naik lagi anda akan rasa excited. Tetapi overconfidence anda mula hilang apabila market mula bergerak ke arah yang bertentangan. Anda mula nafi hakikat, menyesal, takut hilang duit, jatuh lagi panik. Kemudian, market naik semula & anda nampak harapan, rasa lega & optimis kembali. Ini adalah kitar emosi dalam market trading. Anda mungkin tidak MC akaun sekiranya jaga MM, tapi adakah kita nak hari-hari naik roller coaster emosi mcm tadi???

Forex, saham dsb adalah perniagaan keberangkalian. Semua analisis adalah cara untuk meningkatkan % keberangkalian untuk win dan bukan jaminan akan win. Analisis market meningkatkan ratio kemenangan tetapi ada juga sesetengah trade yang akan lose. Apabila kita tengah win, kita takut kemenangan itu akan hilang dan kita terus exit trade. Tapi apabila kita tengah lose, kita hold trade tersebut dengan harapan ianya akan kembali pulih dan akhirnya MC akaun kita. 

Dalam buku Trading In The Zone yang ditulis oleh Mark Douglas, perniagaan saham, index, forex dsb ada kebarangkalian. Sebab itu, beliau ajar trader untuk membina minda bahawa trading itu adalah perniagaan berkeberangkalian dengan 5 kebenaran bahawa:


  1. Apa pun boleh berlaku (Anything can happen);
  2. Anda tidak perlu tahu apa yang akan berlaku untuk membuat duit (You don’t need to know what is going to happen next in order to make money);
  3. Terdapat taburan rawak antara menang dan kalah untuk mana-mana set pembolehubah yang menentukan sesuatu kelebihan (There is a random distribution between wins and losses for any given set of variables that define an edge);
  4. Kelebihan hanya satu petunjuk bagi kebarangkalian yang lebih tinggi bagi sesuatu untuk berlaku berbanding yang lain (An edge is nothing more than an indication of a higher probability of one thing happening over another); dan
  5. Setiap waktu dalam market adalah unik (Every moment in the market is unique).
Saya sangat-sangat syorkan anda baca buku ini untuk trade dengan betul. Dalam buku itu akan cerita apa yang anda akan lalui semasa trading, buku tu mcm dapat baca isi hati anda! High recommended untuk traders. Buku tu ada dalam internet, google je tapi buku tu dlm bahasa inggeris.