WAKTU URUS NIAGA
Kelebihan berniaga forex ini adalah pasaran dibuka 24 jam sehari 5 hari seminggu. Pasaran buka 24 jam kerana perbezaan waktu bagi empat (4) sesi seperti berikut:
Sesi forex bermula dari 5am di Sydney dan tamat pada 5am di New York dan diikuti kembali dengan 5am di Sydney. Namun, terdapat waktu-waktu yang kurang aktif, traders (pedagang forex) disarankan untuk trade semasa sesi overlap kerana masa ini aktif. Contoh sesi overlap bagi London & New York adalah 8pm hingga 11pm. USD merupakan mata wang yang paling didagangkan dalam pasaran forex, sebab itu sesi overlap London & New York adalah perfect untuk rakyat Malaysia untuk menjana pendapatan sampingan dari perniagaan forex.
KONSEP MATA WANG FOREX
Forex merupakan perniagaan yang membeli satu mata wang dan menjual lagi satu mata wang secara serentak. Sebab itu forex diniaga dalam pairs (pasangan). Terdapat banyak pair dalam forex tetapi pair yang paling banyak didagangkan dan disyorkan untuk permulaan adalah major pairs. Berikut adalah major pairs:
Currency
Pair |
Negara |
EUR/USD |
Euro/U.S. Dollar |
USD/JPY |
U.S. Dollar/Japanese Yen |
GBP/USD |
Great Britain Pound/U.S. Dollar |
USD/CHF |
U.S. Dollar/Swiss Franc |
USD/CAD |
U.S. Dollar/Canadian Dollar |
AUD/USD |
Australian Dollar / U.S. Dollar |
NZD/USD |
New Zealand Dollar / U.S Dollar |
Setiap forex pair akan ada nilainya. Contoh: EUR/USD = 1.09320. Ini bermaksud kita perlu bayar 1.09320 dollar untuk membeli satu euro. Semasa menjalankan perniagaan forex, kita akan berurusan mengikut harga buy & sell. Contoh harga buy untuk EUR/USD adalah 1.09380 manakala harga sell untuk EUR/USD adalah 1.09370. Perbezaan harga buy dan sell sebanyak 0.00010 adalah spread.
Apakah itu pip?
Pip merupakan nilai untuk ukur bagi perbezaan harga forex. Contoh EUR/USD telah bergerak dari harga 1.0835 ke 1.0837, kita akan cakap EUR/USD telah naik sebanyak 2 pip. Dalam dunia forex sekarang, forex mempunyai lima titik perpuluhan maka titik perpuluhan kelima dinamakan sebagai pipette atau point. Bagi kenaikan 1.08350 ke 1.08370, kita akan kata EUR/USD telah naik 20 point atau 2 pip.
JENIS URUSAN
Di dalam dunia forex adalah dua (2) urusan iaitu beli (Buy) dan jual (Sell). Kita akan beli dengan analisis bahawa pair mata wang tersebut akan naik ke harga yang lebih tinggi. Kita akan sell dengan analisis bahawa pair mata wang tersebut akan turun ke harga yang lebih rendah. Dalam market forex, apabila pasaran tengah naik akan dikatakan market sedang Bullish manakala pasaran yang tengah menurun dipanggil market sedang Bearish. Sebab itu, kalau google gambar bangunan Bursa Malaysia akan ada Bull & Bear di depan bangunan tersebut.