1) fundamental
2) teknikal
3) sentimen
Pertama, fundamental adalah berdasarkan kepada news dan data. Kestabilan politik, keadaan ekonomi, kadar pengangguran dsb akan mempengaruhi pergerakan forex. Contoh: kadar pengangguran di Eropah telah menurun (berita baik) akan menyebabkan traders untuk beli EUR/USD dengan ramalan bahawa ia akan naik susulan news yang positif untuk Euro berbanding USD yang tidak mempunyai berita atau data yang lemah. Ringkasnya berita baik, mata wang naik; berita buruk, mata wang jatuh.
Bagi mengetahui bila data penting akan keluar, traders disarankan untuk mendaftar di www.forexfactory.com secara percuma untuk mendapatkan forex calendar. Traders yang baru bermula adalah dinasihatkan untuk tidak trade sebelum news penting keluar kerana tiada sesiapa yang tahu news tersebut adalah baik atau buruk. News yang mempunyai impak tinggi adalah NFP (Non Farm Payroll) yang akan diumumkan hari Jumaat minggu pertama setiap bulan. Satu lagi data yang mempunyai impak tinggi adalah pengumuman interest rate negara tersebut.
Faktor sentimental adalah reaksi traders terhadap forex, pair jatuh walaupun data bagus ataupun pair naik walaupun data teruk. Fenomena ini disebabkan oleh pandangan traders terhadap currency pair. Anda mungkin akan dapat info dari social trading platform, forum, group Whatsapp, Facebook, Telegram dsb. Yang kami nak recommend adalah COP Report. COT adalah Commitment of Traders Report yang boleh didapati di Google.
Faktor teknikal pula adalah berdasarkan analisis carta, di mana corak yang lepas akan digunakan untuk meramal apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Kebiasaannya traders akan menggunakan indicator untuk membuat analisis teknikal. Terdapat beribu indicator di dalam dunia forex sehingga anda akan pening kerana terlalu banyak. Dalam blog ini kita akan kongsi analisis teknikal asas iaitu trend line, support resistance dan candlestick patterns.
JENIS CHART DAN STRUKTUR
Terdapat 3 jenis chart dalam forex trading iaitu line, bar dan candlesticks. Kebanyakan traders di luar akan menggunakan candlesticks sebab carta jenis ini lebih terperinci berbanding garisan dan bar. Dalam satu masa, harga bermula (open) dan pergi ke paras tinggi (high) seterusnya ke paras rendah (low) dan seterusnya tutup (close). Sekiranya harga tutup di atas paras harga buka, candlestick akan berwarna hijau. Jika harga tutup di bawah paras harga buka, candlestick akan berwarna merah.
1) Garisan Trend (Trend Lines)
Setiap candlestick (setiap hari, setiap 4 jam, setiap 1 jam atau sehingga setiap 1 minit) yang terbentuk akan membentuk carta berwarna-warni yang cantik seperti di bawah.
Carta tidak bergerak dalam garis lurus. Kejap candle naik, kejap candle turun lepas tu naik balik. Pergerakan tersebut membentuk trend dan terdapat 3 trend seperti berikut:
Cara nak lukis trend line. Kalau trend semakin menaik, kita akan lukis di paras rendah (garisan biru). Kalau harga semakin menurun, kita akan lukis di paras tinggi (garisan merah). Kalau kejap naik kejap turun, kita akan lukis di kemuncak dan dasar.
2) Support & Resistance
2) Support & Resistance
Cara paling senang nak explain, support ibarat seperti lantai & resistance ibarat seperti siling. Paras support adalah paras di mana setiap kali nilai dekat paras tersebut nilai akan terus lantun ke atas. Paras ini disokong (supported) oleh buyer yang membeli pada paras ini untuk mengelak harga dari jatuh lebihi paras tersebut. Paras resistance adalah paras di mana setiap kali nilai mendekati paras tersebut akan terus lantun ke bawah. Paras ini ditahan (resisted) oleh seller yang menjual pada paras ini untuk mengelak harga dari memecah paras tersebut.
3) Candlestick pattern
Hasil penyelidikan Steve Nison (Bapa Candlesticks), terdapat pelbagai corak candlesticks tetapi kita akan focus kepada beberapa corak candlesticks yang boleh mempengaruhi pasaran forex. Pertama, yang paling famous dalam market adalah Bullish Engulfing dan Bearish Engulfing.
Bullish Engulfing Pattern
Setelah harga jatuh secara berterusan, candle baharu dibuka pada para lebih rendah dan ramai buyer masuk beli sehingga harga close lebih tinggi daripada paras close candle sebelum. Fenomena "menelan" candle sebelum menunjukkan buyer sudah masuk untuk menukar trend ke bullish.
Bearish Engulfing Pattern
Setelah harga naik secara berterusan, candle baharu dibuka pada para lebih tinggi dan ramai seller masuk jual sehingga harga close lebih rendah daripada paras close candle sebelum. Fenomena "menelan" candle sebelum ini menunjukkan bahawa seller sudah masuk untuk menukar trend ke bearish.
Selain double candlesticks pattern seperti di atas, kita juga syorkan triple candlesticks pattern yang biasa digunakan iaitu three white soldiers, three black crows, morning star & evening star.
Three White Soldiers
Three Black Crows
Morning Star
Evening Star
Untuk traders yang ingin mempelajari lebih banyak candlestick patterns, kami syorkan anda baca buku Japanese Candlestick Charting Techniques oleh Steve Nison.