Saya letak MM (Money Management) dalam page berasingan kerana pengalaman saya, topik ini amat-amat penting. 95% traders modal hangus semasa mula trade. Antara punca lazim ialah pakai leverage besar, trade lot size besar dan tidak set Stop Loss. Dalam page ini kita akan focus kepada Money Management dan terangkan mengapa leverage itu ibarat seperti pedang dua mata (double edged sword).
Leverage
Leverage ini merupakan tools yang membolehkan kita trade dengan modal yang kecil. Apabila kita membuka akaun trading, kita boleh pilih sama ada nak leverage 1:100 atau sehingga 1:1000. Ada broker yang tawar leverage sampai 1:5000 ! Maksudnya, leverage lagi besar, lagi kecil modal. Sampai ada broker yang tawar modal minimum $25 untuk trade forex! Tapi leverage ini ibarat pedang, kalau tak pandai pakai mata pedang yang menghala ke arah kita akan mencederakan diri sendiri.
Apabila leverage anda semakin besar, anda juga boleh trade dengan modal yang semakin kecil. Pendek kata, dengan leverage besar kita boleh kawal wang yang besar dalam forex dengan modal yang kecil. Walaupun leverage boleh bantu kita trade forex, ia juga boleh bunuh akaun kita. Apabila market bergerak di arah bertentangan dengan anda (anda sell turun tapi market naik, anda buy naik tapi market jatuh), kita akan terkena margin call (MC) atau istilah traders iaitu "MC akaun". MC ialah broker menutup trade kita yang sedang rugi secara automatik kerana balance akaun kita tidak lagi cukup untuk menampung loss yang berlebihan.

Jadi saya ingin nasihatkan anda pilih leverage rendah dan fahami dulu fungsi & bahaya leverage dengan mencuba beberapa leverage. Contohnya buka dua akaun demo dengan leverage tinggi (1:500) dan satu lagi dengan leverage rendah (1:100). Faham dulu berapa value kita akan untung atau rugi bila guna leverage yang berlainan. Lagi satu, saya ingin mengesyorkan anda supaya fokus kepada proses dan bukannya duit dalam trading. Focus kepada proses untuk dapat trade dengan consistent (MM jaga), duit itu akan datang secara automatik.
Sekiranya
anda mahu pening mengira, saya syorkan Forex calculator yang
boleh mengira lot size yang bersesuaian mengikut leverage yang anda pilih.
Berita baik, Forex calculator adalah PERCUMA dan
boleh didapati dengan carian Google. Saya tidak akan recommend mana-mana app atau website tapi yang saya akan tekan dua (2) aspek yang akan pilih iaitu sama ada:
- Nilai mata wang yang anda sanggup rugi per trade; atau
- Nilai pips yang anda sanggup rugi per trade.
Risk Reward Ratio (RRR)
Eh, kenapa kena decide berapa wang/pips yang kita sanggup rugi? Bukan ke forex sepatutnya untung? Sekarang RRR memainkan peranan yang penting. Bukan semua trade akan untung, kadang kala kita akan rugi. Sebab tu anda akan nampak disclaimer oleh broker atau seminar trading kata forex mempunyai risiko. Forex ada Risk (R), ada Reward (R) dan kita perlu pastikan Ratio (R) Reward sentiasa melebihi Risk.
Kalau nak untung dalam trade, setiap trade kita pastikan reward adalah sekurang-kurangnya 2 kali ganda lebih besar dari risk. Contohnya sekiranya risk kita set -10 pips untuk stop loss (SL), kita pastikan take profit (TP) x2 jadi +20 pips. Kalau kita trade 10 kali, 5 kali SL dan 5 kali TP. Cuba teka pada akhir nanti kita untung berapa? 5 kali menang & 5 kali kalah, macam tak dapat apa-apa kan? Tengok jadual bawah ini dulu...
Trade |
Win |
Loss |
#1 |
|
- 10 pips |
#2 |
|
- 10 pips |
#3 |
|
- 10 pips |
#4 |
|
- 10 pips |
#5 |
|
- 10 pips |
#6 |
+20 pips |
|
#7 |
+20 pips |
|
#8 |
+20 pips |
|
#9 |
+20 pips |
|
#10 |
+20 pips |
|
JUMLAH |
+100 pips |
- 50 pips |
NETT PROFIT |
+50 PIPS |
Jawapannya kita masih untung +50 pips !!!